Akhlak secara ringkas dapatlah dinyatakan bahawa suatu keadaan yang telah ada dalam jiwa manusia secara tetap sehingga dengan mudah seseorang itu melahirkan perlakuan yang baik atau buruk tanpa difikir-fikir.Misalnya seorang yang bersifat atau berakhlak pemurah , apabila melihat orang yang memerlukan pertolongan, maka dengan mudah dan senang untuk menghulurkan bantuan tanpa memikir-mikir.Demikianlah juga seorang yang bersifat atau berakhlak pemarah, apabila tersinggung atau tersentuh perasaannya, maka dengan mudah  sekali ia akan naik darah atau marah-marah.Secara mudahnya kita faham bahawa akhlak adalah suatu kebiasaan yang dipilih oleh diri seseorang sama ada yang baik atau pun buruk.