Make your own free website on Tripod.com

Manusia Sebagai Khalifah Allah

 

Ketika mana Allah s.w.t mula – mula menyatakan kehendakNya untuk menjadikan Nabi Adam a.s di hadapan malaikat, Dia (Allah) telah menyebutkan status makhlukNya  itu sebagai khalifah Fil Ard (Khalifah di muka bumi). Firman Allah s.w.t. yang beerti ;

 

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya   Aku hendak menjadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah’”.( surah Al – Baqarah   : 30)