Pengertian Tamadun Mengikut Sarjana Barat Dan Islam

 

Sarjana Barat:

 

A.    A.S Hornby dan  Parnwell, di dalam The Progressive English Dictionary, menjelaskan Civilization membawa maksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

B.    Arnold J. Toynbee mengatakan tamadun ialah jenis kebudayaan yang didapati dalam bandar-bandar.

C.    Darcy Riberio mentakrifkan tamadun sebagai revolusi bandar yang mengakibatkan pertumbuhan bandar , di mana bandar memancarkan tamadun ke kawasan sekitarnya dengan menawarkan kemajuan spiritual dan material.

D.    Will Deorand mendefinisikan tamadun sebagai suatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka lebih senang.

Daripada perbahasan itu, secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa perkataan tamadun tetap membawa maksud tentang pencapaian manusia kepada satu tahap yang lebih baik dalam aspek pemikiran dan kebendaan yang berpusat di bandar.

 

Sarjana Islam :

A.   Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun

      sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.

B.   Ibnu Khaldun dalam bukunya  Pengajian Tamadun” ( The Study Of

     Civilization) mengatakan tamadun adalah Suatu perbandaran yang diduduki  

      oleh sekumpulan masyarakat yang hidup menetap dalam suatu keadaan

      berkembang subur lagi makmur yang bertentangan dengan keadaan kering,

      tandus dan terbiar.

C.   Sementara dalam buku Sejarah Kebudayaan Islam karya Abu Bakar Hamzah menjelaskan bahawa tamadun itu lahir serentak  dengan perkembangan kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan